Saturday, November 7, 2015

Kalau NAK, kena BUAT #nakbebel

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dan bersyukur masih dilimpahi dengan nikmat kesihatan yang baik. Dalam mood cuti sebenarnya sekarang ni. Cuti midsem. Tapi tak boleh nak bahagia  sangat sebab dalam beg tu penuh dengan segala macam assignments seriously banyak sangat sangat T___T
Okay bosan kan sembang pasal topik assignments ni *yawning*


Tengah khusyuk duk scroll IG tadi, jumpa gambar ni. Sangat deep mesej yang cuba disampaikan. Saya seorang yang sangat kuat berangan dan suka plan nak buat bisnes itu bisnes ini sebab nak cuba berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan wang daripada orang tua. Cukuplah mereka dah penat berkorban masa keringat dan wang untuk menyekolahkan saya dan adik-adik. Bila dah masuk fasa 20-an ni rasa malu semacam nak telefon mak ayah minta duit belanja walaupun pernah sekali hari tu memang betul-betul kering.  Mulai lepas habis cuti nanti, saya nekad nak buat betul-betul apa yang dah lama dirancang tu. Biarlah sikit hasilnya asal mencukupi. Hidup kat uni ni kena pandai cari alternatif nak survive. 


Kan? 

 
Psstt, awak awak semua, kita nak minta tolong? Tolong doakan saya ya. Sayang awak semua muah :-*


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...