Monday, November 9, 2015

Pulau Kapas Dengan Kawan-kawan

Assalamualaikum. Yay laptop saya dah boleh detect kabel usb hukhuk maka segala macam khazanah gambar-gambar zaman purba dulu kala berjaya dipindahkan ke dalam laptop. Baru ringan sikit fon tu, kalau tak manjang je nak hang.


Pulau Kapas? Erm cerita basi sebenarnya tapi takpelah nak post jugak. Nanti tua-tua kalau nyanyuk boleh jalan-jalan dalam blog ni mengimbau nostalgia muda mudi hikhik. Kisahnya, ada satu persatuan ni namanya Persatuan Mahasiswa Marang (Terengganu) anjurkan program retreat bersama mahasiswa mahasiswi daripada daerah Marang. Oleh sebab saya anak jati Marang maka saya tak lepaskan peluang ni. Percumaaaaaa, siapa takmau kan? Lagi pula masa tu memang tengah cuti goyang kaki je dekat rumah. Ajak kawan-kawan rapat dan mereka eksaited dua kali lima macam saya. Programnya cuma 2 hari 1 malam percuma penginapan percuma makan minum percuma segala-galanya.


Pulau Kapas ni sebenarnya dekat sangat dengan tempat tinggal saya. Tapi percayakah kalian ini adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke sana? Menyayat hati sungguh. Mula-mula berdebar juga nak ke sana sebab katanya naik bot laju. Kenapa pula berdebar eh? Sebabbbb....kita takut air sebenarnya ha ha ha. Ya jujur, mula-mula masa bot bergerak memang terketar-ketar sampai tak berani bukak mata tapi bila dah sampai dekat tengah-tengah laut beranikan jugak bukak mata dan masa tu terpegun sesangat lihat keindahan ciptaan Illahi. Subhanallah, hilang kejap ketakutan tu. Tak lama kemudian, abang yang bawak bot tu buat gedik bawak bot makin laju daripada yang sebelumnya. Suka eh tengok kami jerit jerit ketakutan. Grr.

Dekat jeti Marang




Dah sampai pulau weeeeee

Dah sampai Alhamdulillah. Cantikkan warna air laut Subhanallah

Ceteke mana satu saya hikhik

Masa ni petang dah. Langit gelap mendung tapi tak hujan pun

Cantikkan...rinduuu nak pergi lagi huhuhu

Snorkeling
Kawan-kawan sesekolah sekampung saya. Saya yang angkat tangan buat peace tu ceteke ceteke mana satu 

Baby turtles yang cecomel

"eh dekat pulau ada KFC ke??" haha takdelah masa ni dah balik dari pulau. Turun je jeti terus perut berkeroncong lapar. Diorang ajak jalan kaki pergi kfc ala dekat jer


Hmm itu jelah saya nak kongsikan. Gambar tak banyak sangat maaf la ye. InsyaAllah nanti cuti sem bulan 1 kami plan nak pergi lagi buat daytrip. Harapnya menjadilah.

Okay sampai sini dulu, nak sambung beresaimen sambil berhuhuhu.









8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...