Sunday, October 25, 2015

Segmen: Jom Tingkatkan Followers

Klik link untuk join :)


 http://besidesme21.blogspot.my/   
15 followers
 
Saya tag AcuYuhan dan Nadia Bohari

Nak tambah followers? Jom sama-sama kita join segmen ni :)
 

Tuesday, October 6, 2015

Cabaran hidup di kampus dan tips untuk pelajar uni.

Assalamdualaikum wbt dan hai.

Gembira. Penat. Suka. Duka. Jatuh. Bangun. Sibuk.

Setiap orang yang bergelar siswa/siswi akan wajib merasai perasaan dan situasi di atas. Memang tidak boleh dielak. Ya, itu normal dan saya sudah terbiasa dengannya. Dah macam bestfriend kedua saya dekat kolej T_T
Kadang-kadang bila terlampau busy, makan pun boleh lupa. Jadi tak hairanlah kenapa tiap kali balik kampung, makcik pakcik duk tanya pasaipa nampak kurus. Mereka agak saya diet. Aduh, tiada makna diet la dalam kamus hidup seorang Noor Shahirah hahaha. Saya tinggal dalam kolej untuk  mudah pergi kelas dan lebih secure. Nak stay kolej sampai final year bukan semudah ABC123. Haruslah struggle untuk kumpul merit dengan mengaktifkan diri join program-program yang  diajurkan dalam kolej dan universiti. Kalau tak, alamatnya memang wajiblah korang kena tendang kan. Ha nanti bila dah ditendang jangan nak meroyan persoal kenapa dan mengapa. Dah tak aktif siapa suruh? :p Macam saya yang tinggal dalam kolej ni, saya dah stick dengan sebuah kelab yang saya dah selesa since Tahun 1. Dan alhamdulillah, dapat pegang portfolio sejak Tahun 1. Saya sayang kelab ni sebab kenal ramai sahabat dan rakan sekerja juga senior-senior yang tak pernah lokek dengan ilmu. Thanks tau korang. 

Sekarang  ke-busy-an saya makin bertambah sebab saya dah start bekerja as a crew dekat koperasi kolej. Level of tiredness makin bertambah. Tapi seronok tahu kerja dekat sini. Krew-krew sangat sporting dan sekepala. Kak Hada dan Kak Miza as Kak Yong kawasan, Kak Raihan as my 'sister', Tiks as partner usik gaduh..and ramai lagi. Nanti saya buat satu entry pasal mereka okay.

Kenapa saya bekerja? Mestilah sebab duit jawapannya. Cari wang saku lebih. Dah 21 ni segan dah nak telefon mak ayah minta duit. Lagipun, boleh belajar berdikari dan juga dapat belajar teknik pengurusan kedai. Saya ada angan-angan nanti suatu hari bila ada duit modal nak buka satu kedai sendiri. Kedai apa itu masih samar-samar. Mungkin bakery shop sebab saya suka baking? Mungkin book shop sebab saya suka baca novel? Tak kisah la kedai apa pun yang penting saya kena mula kumpul dan cari modal dulu. Dah tak boleh nak boros-boros macam dulu lagi dah. Sekarang mata wang dah jatuh teruk :(

Ada nasihat daripada saya bila dah melangkah ke alam kampus ni.
  • PILIH kawan yang baik, iaitu kawan yang boleh jadi sahabat korang.
  • HORMAT lecturer, kawan-kawan, classmates, groupmates, makcik nasi, abang burger, makcik cleaner, akak cashier. Pendek kata, hormat semua orang. Jangan kita orang tak suka, itu timbul masalah nanti.
  • JANGAN  tangguh assignment. Assignment last minute tak excellent. Rugi je carrymark, dah la attendance pun kelaut.
  •  ELAK kejutan budaya. Biasalah, students ni memacam ragam. Tengok kawan hipster sikit, acah-acah nak hipster jugak padahal duit PT tu bukan tebal macam kerak bumi pun nak bersakan. A big NO for this.
  • BINA jati diri. Ha, waktu belajar ni lah sepatutnya kita cari prinsip hidup kita apa, matlamat dan tujuan hidup dan belajar ni apa.
  • TEKADKAN azam. Mak ayah susah payah hantar kita datang sini suruh belajar pandai-pandai. Aim pointer tinggi-tinggi untuk setiap sem. Baru gempak resume korang nanti.
  • BERJIMAT . Or else, belum sampai hujung sem korang makan maggi je.  
  • NIKMATI uni-life korang. So that one day when we become older, we'll remember all those sweet-sour memories and we can smile, and share the experiences with our kids. 
 Jadi ini saja entri yang mampu saya tulis. Mata dah mintak pejam. Dah dua hari bersengkang mata tidur pukul 4 pagi ke atas. Huwaaa, I need breaks! :(


Monday, October 5, 2015

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway.

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway


Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Jom dapatkan vitamin shaklee dengan Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ai adalah pengedar sah Shaklee di Pulau Pinang.Bernaung di bawah satu group besar iaitu Euphoria.Ai pengedar sah shaklee di bahagian pulau.Secara tepatnya adalah ai pengedar sah shaklee di Gelugor Pulau pinang.Ai mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada September 2013.ID Shaklee Ai ialah 988021.Sebagai Pengedar Sah Shaklee,seluruh penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dari Ai.

Sebagai pengedar sah shaklee yang beralamat di pulau pinang Ai menyediakan perkhidmatan
COD (Cash On Delivery)ke seluruh bahagian pulau.COD(bersyarat) juga dilakukan ke kawasan tanah besar juga bole.Antara syarat COD luar kawasan pulau ialah:

  • Pembelian minima RM200(mainland) RM300+Membership(Kedah)
  • Mengikut tarikh dan waktu yang dipersetujui bersama
  • Jika tidak dapat mematuhi syarat di atas maka servis Poslaju digunakan dan pelanggan perlu tanggung kos penghantaran

CARA PEMBELIAN MELALUI SERVIS POSLAJU

Bagi pembelian melalui pengedar sah shaklee menerusi online dan ingin menggunakan khidmat poslaju untuk tujuan penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia,pelanggan boleh memesan melalui pesanan ringkas whatsapp dengan menghantar details penghantaran yang tepat
seperti,Nama,Alamat dan Nombor Telefon setelah pembayaran dilakukan dan disahkan.Sila pastikan segala info adalah tepat untuk memaastikan barang sampai dengan selamat.
Perlukan khidmat rundingan dan konsultasi percuma??

Hubungi Ai segera

0134466077


Email:aimie8384@gmail.com
Whatsapp/Telegram:0134466077
Official Page: Pengedar Shaklee Penang
COD:Penang/Kedah
Poslaju:Seluruh Malaysia dan luar negara


SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY

  1. Follow blog ainalondiet.com,Add To Circle Google+ Ainal Syifa dan like Fanpage Pengedar Shaklee Penang
  2. Buat entry bertajuk Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway
  3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry
  4. Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entri INI
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan secara rawak
  6. Giveaway ini akan berlangsung dari 5h Oct 15 sehingga 15hb Nov 15
  7. Pemenang di umumkan pada 19hb Nov 15.

HADIAH GIVEAWAY BERJUMLAH +-RM100

  • PERTAMA-HADIAH MISTERI BERJUMLAH RM45
  • KEDUA & KETIGA TOPUP RM10 SETIAP SEORANG
  • KEEMPAT DAN KELIMA TOPUP RM5 SETIAP SEORANG

Sunday, October 4, 2015

Segmen Jom Tambah Follower.

Assalamualaikum wbt dan hai.

Teruja betul jumpa segmen ni terus semangat nak join. Kenapa semangat? Eh perlulah ciktulip kan masih baru dalam dunia blogging. Follower pun hm tak ada lagi. Dukacita sungguh.

Ciktulip harap dengan join segmen ni dapat tambah follower ciktulip. Korang nak tambah followers jugak meh kita join sesama.

Good luck.

Giveaway Nurfuzie Dot Com #1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow dan like semua sponsar dibawah ini dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.

Segmen Join Blogger Ku.

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-join-blogger-ku.html

Blogger Ku Komuniti adalah komuniti untuk para blogger yang ingin mengikuti perkembangan Blog yang Update Setiap hari.

Syarat Syarat Nya Mudah :

1.Join Blogger ku Komuniti.
2.Buat Tajuk Post "join Blogger Ku".
3.Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4.Share Post Anda ke Blogger ku dan Mana-mana Google Plus Community.
5.Tinggalkan Url Post Anda Ke Ruangan Komen Disini.

Saturday, October 3, 2015

Resepi Cheesekut Mudah & Sedap.


Assalamualaikum dan haiii *lambai-lambai*

Siapa suka kek angkat tangan cepat!
Siapa suka cheese angkat tangan lelaju!

Haha semangat betul intro kali ni kan. Saja ja nak meriah meriah sikit. Well siapa je tak suka manisan kan? Lelebih kek omnomnom. Fyi, ciktulip hantu kek tau hihi kalau boleh semua jenis kek ciktulip nak buat, cuma tinggal rajin dengan tak rajin malas je :P Biasanya kalau waktu cuti sem rajin la ciktulip mem-baking melayan nafsu makan ciktulip ni. Baking sensorang, makan pun sensorang sobsob sebab family ciktulip bukan jenis yang suka sangat kek-kek bagai ni. Sometimes, buat untuk kengkawan alhamdulillah dapat sesama merasa. Sedap tak sedap lain cerita eh :p

Kali ni ciktulip nak share resipi Kek Cheesekut yang sedap dan sangat mudah nak dibuat. Serius ciktulip tak tipu ya. Mula-mula ciktulip macam tak yakin nak buat sebab jarang baking kek-kek yang jenis guna cheese-cheese ni. Tapi alhamdulillah, menjadi juga cheesekut ciktulip yang pertama. Kalau beli, sah-sah la mahal ye dok? Okay ciktulip stop dulu merepek.

Bahan-bahan yang diperlukan sangat simple dan senang dicari. Antaranya :

  1. 250gm cream cheese (ciktulip guna cap tatura je sebab tak masam sangat and murah ofkos)     
  2. 1 pack biskut Hup Seng Deluxe Cream Cracker (kalau takde yang deluxe, hup seng biasa  pun ok)
  3. 1/2 tin susu pekat manis (boleh kurang/lebih kalau tak suka/suka manis)
  4. 1 kotak kecil susu full cream
  5. Nestum secukupnya sebagai topping
Stepnya :

1. Memula putar cream cheese bersama dengan susu pekat dan sedikit susu full cream sampai cream cheese tu nampak berkilat dan tidak berketul. Kalau takde mixer boleh je blend or manual tangan. Susu tu agak-agak 5@6 sudu je. Pastikan cream cheese tak cair sangat.
n? 

2. Keluarkan biskut dan rendam sekejap dalam susu full cream. Jangan lama sangat sebab kita tak nak biskut tu lembik. Kemudian susun biskut yang telah direndam tu dalam bekas or tupperware.

3. Sapukan cream cheese tadi di atas permukaan biskut yang telah disusun. Lepas dah sapu rata, boleh tabur nestum. Ulang step ni. Layer-tabur-layer-tabur. Layer yang paling atas boleh extrakan cream cheese tu supaya lebih umppphhh! :D

4.  Simpan dalam peti 2-3 jam pun dah cukup. Siap! Sedia untuk dimakan~

See, senang gila kan? Rugi kalau tak cuba. Students dah ramai buat bisnes jual cheesekut ni sebab dia tak rumit dan kos pun tak mahal. 
    



 Nota : ciktulip dapat 2 bekas cheesekut dengan menggunakan bahan-bahan yang simple tu. Berbaloi ke berbaloi? Selamat mencuba! :)

Starts with something new and fresh.

Assalamualaikum dan hai *krik krik* huhu ada ke eh orang jawab salam saya ni? Maklumlah, dah lama tak berblog, tetiba muncul balik. Followers pun semua dah hilang. Takpe pelan pelan kayuh bak pepatah Melayu sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sepanjang 21 tahun hidup ni rasanya dah 4 bijik blog saya ada since form 3 kalau tak silap. Eh memang tak silap lagi lah sebab masa tu baru nak jinak-jinak dengan dunia IT ni. Tapi dulu-dulu mana la matang lagi, merepek je banyak. Bila dah bosan berblogging, delete blogspot lepastu create baru balik dan delete lagi dan begitulah seterusnya...entah apa-apa la.

So sekarang entah angin apa tiba-tiba teringin nak menulis balik. Saya harap angin ni bukan spesis angin kus-kus la huhu. Kalau la dari dulu setia dengan blogspot ni mesti dah dapat upgrade status Glitterati dalam akaun Nuffnang tu. Ruginyaaaaa Shahirah oiiii~~~~~

Till then, wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...